Tuesday, October 14, 2008

The Untold Story..........

Perbualan antara seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa…

Lelaki: Kau ni takde boyfriend lagi ke?

Wanita: boyfriend? Aku ada banyak boyfriend

Lelaki: Maksud aku special boyfriend.

Wanita: "Takde"… Lelaki: Pergilah cari sorang… At least berteman. Tak la kau rasa sunyi…

Wanita: Ntahlah. Sebahagian hati mahu sebahagian lagi tak mahu. Aku blur…

Bila wanita itu pulang ke rumah, perbualan tadi terngiang-ngiang semula di fikirannya. Difikirkan kembali kenapa susah untuk dirinya punya teman istimewa? Akhirnya wanita itu membuat rumusan…

Wanita itu fikir tanpa teman istimewa, dia boleh keluar dengan sesiapa saja. Dia bebas melepak dengan kawan-kawanya sehingga larut malam ataupun keluar dengan mana-mana lelaki yang sudi. Tak perlu beri laporan ataupun menipu teman lelakinya.
Tapi…Walau semana bebas pun, hatinya masih sunyi…

wanita itu fikir tanpa teman lelaki, dia boleh tumpu pada kerjaya sepenuhnya. Boleh kumpul harta banyak-banyak.Tapi… Walau sebanyak mana hartanya, hatinya masih sunyi…

Wanita itu fikir tanpa teman lelaki, dia boleh luangkan masa yang banyak untuk dirinya sendiri. Boleh bermalas-malas atas sofa tengok tv,main kucing ataupun berblogging sepuas hati. Tanpa ada panggilan ataupun SMS (menggangu) dari boyfriendnya ajak ditemani.Tapi… Walau sebanyak mana masa diperolehi, hatinya masih sunyi… Wanita itu fikir tanpa teman lelaki, dia boleh mementingkan diri sendiri. Boleh buat apa saja tanpa perlu fikir untuk menjaga perasaan dan hati teman lelakinya. Tapi… Hatinya masih sunyi…

Wanita itu berfikir tanpa teman lelaki..dia xperlu tunduk kepada kata2 tman lelakinya dan hidup penuh dengan nasihat yg membosankan..tak perlu jadi hipokrit dan berpura2..pkwe suruh pkai tudung..knon tuntutan agama……ikutkan jer..padahal hati x rela dan diri belum bersedia…..tp…..walau tenangnyer hdup ni tnpa sesiapa control…..hatinya tetap sunyi

Wanita tu berfikir tanpa teman lelaki..dia xperlu mencantikkan drinya yg sudah semamngnyer cantik…hehe…bimbang kalau2 teman lelakinya mencari yg lebih cantik…..tetapi…walau secantik mana pun wanita itu…..hatinya tetap sunyi

Wanita itu berfikir..tanpa teman lelaki…hidupnyer tentu tenang tanpa sebarang pergaduhan yg tiada penghujung…rajuk yg tiada bersebab dan air mata yang x diundang…tapi…walau berakhirnya sebuah pergaduhan…rajuk yg dpujuk dan air mata yg menitis dgn kerelaan……hatinya tetap sunyi…..

Wanita itu fikir dia tiada teman lelaki kerana dia masih menunggu seseorang yang pernah mendapat tempat istimewa dalam hatinya. Walau sesunyi mana pun hatinya, itu semua bukan masalah. Wanita itu masih menunggu hingga dia rasakan penantian itu tidak lagi berbaloi…
:mLove:

6 comments:

Ummu Adasha said...

hurmm...panjang ek citer neh...
ttg diri cat ek...
sape la laki bertuah tu ek...
yg masih ditunggu...
yg dinanti...hurmmm...

moga penantian cat berbaloi ek...
tamo sedih2 k :)>-
pge ada kan teman cat ari2...huhuhu...

kem slm kat kwn2 ek...

••·.·¬¬ [C] [A] [T]¬¬ ·.·•• said...

ni copy paste je la weh =))

eiffelz said...

hahaha cat...
aku dtg melawat..

and aku datang nak curik entry ni..
tetiba aku ada idea nak wat posting baru..

TQ bebeh :wink:

selamat pengantin baru

×÷·.·»BèCå_$åK†i«·.·÷×™ said...

cat...sedihnye wes..waser cm terkena kat diri sendiri plak nie...huhuhuhuhu

]¦•¦[ ŋ3ŝŁ0 ]¦•¦[ said...

hmmmmmmm...:mikir:
Selamat Pengantin Baru ?!
Bila ko kawen ni cat?
nape ako tak tau pun...?

••·.·¬¬ [C] [A] [T]¬¬ ·.·•• said...

epe : weh...bler mase aku kawen...aku anak dara lagi weh....:banghead::banghead::banghead:

beca : sedey ke??hahahaha......xpe2...ni la kenyataan hidup....nk x nk kena terima...

nes : ko x tau ke nes???!aku lagi x tau....hahahaha!!!!!